Tuesday 22 March 2016

KESIMPULAN

Terdapat perbezaan yang  diantara sistem pengurusan islam dan barat, sistem yang baik untuk diikuti adalah sisitem pengurusan islam kerana  sistem pengurusan islam menjadikan sesebuah organisasi itu lebih berdisplin kerana ia berlandaskan Al-quran dan sunah.ia juga dapat membantu mewujudkan suasana kerja yang damai.

Monday 21 March 2016

penghargaan

segala puji-pujian dipanjatkan terhadap Allah SWT, selawat salam ke atas jujungan besar Nabi Muhammad SAW utusan terakhir.kami bersyukur kerana limpahan kurnianya dan kekuatan yg diberikan olehnya untuk kami menyiapkan blog ini .
                 terima kasih juga kepada akli kumpulan dan penysrah kerana telah banyak membantu kami menjaya kan projek ni.blog ini menjelaskan tentang perbezaan pengurusan barat dan pengurusan islam yang dapat kita huraikan ,diterapkan dan diaplikasikan Rasulullah SAW yang diterap kan oleh nya.
                 tersemoga dengan terbitan blog ini dapat menjadi rujukan utama di kalangan masyarakat serta umat islam secara umumnya.kami berdoa agar para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat tentang perbezaan pengurusan islam dan barat melalui blog ini seterusnya mengamalkan di dalam kehidupan
              Akhir sekali kami memohon kemaafaan sekiranya terdapat kekurangan dalam penghasilan blog ini.oleh itu bagi menyempurnakan lagi blog ini segala idea dan teguran yg membina sanggat dialu-alukan untuk mengemaskini dan penambaikan di masa akan datang....asalamualaikum
                 



BIODATA

Nama Ahli Kumpulan

NAMA
NO MATRIX
TEMPAT ASAL
Muhamad Akmal Bin Shaharudin
10DAT15F1096
GEORGETOWNPENANG
Muhammad Akmal Bin Sofian
10DAT15F1095
BAGAN,PENANG
Karman Syakir Bin Muhamad yazdi
10DAT15F1062
SHAH ALAM,SELANGOR
Ahmad Azim Bin Abd Harith
10DAT15F1041
KULIM,KEDAH
Muhamad Hadi Ikhwan Bin ALi
10DAT15F1050
MUAR ,JOHOR





Friday 12 February 2016

Pengurusan secara Islam Dan Barat




Tajuk
definisi pengurusan dan pentadbiran dari pandangan islam dan barat serta perbandingan antara keduanya



Isi Kandungan
1.0-definisi
1.1-konsep/ciri-ciri
1.2-contoh




Definisi Pengurusan Pada Pandangan Sarjana Islam:
  • ‘pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran         seseorang untuk menjadi pengurus’ ( Ibrahim Abu Sin )
  • ‘pengurusan sebagai melayan kehendak awam atau rakyat’ “ saya telah melantik gebenor  bagimu, juga para pegawai bukan untuk memikul tubuh atau mengambil hartamu tetapi  mendidik dan melayanmu”( Umar Bin Al khatab ) 
  • ‘pegurusan sebagai kebolehan menggunakan segala sumber alam dan manusia kurniaan allah  untuk kebajikan manusia dan sistem perlaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintah oleh  kementerian, jabatan, institusi, dan badan yang ditubuhkan’ ( Dr Mohamad Yusof Noor )
  • ‘pengurusan merupakan proses mendapat dan mencantum sumber kewangan,modal,tenaga  manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk  barangan atau perkhidmatan’( Prof Syed Othman Al Habshi ).


Definisi Pentadbiran Pada Pandangan Sarjana Islam Dan Barat.
  • ‘perkataan pentadbiran atau administration dalam bahasa inggeris dari segi bahasa diambil dari  perkataan latin iaitu administrare yang membawa maksud pengurus’ ( Muhammad A. Al  Buraey )
  • ‘mengurus dan mengawas manusia untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan’ ( Gladden ).
  • ‘proses perlaksanaan untuk mencapai sesuatu maklumat atau projek’( Muhammad Abu Rauf ).
  • ‘pentadbiran sebagai pentadbiran negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan  memenuhi kehendak sosial’ ( F.D Federicson ).
  • ‘melaksanakan tugas pemerintah, menyelaras tenaga kerja dan bekerjasama dalam  melaksanakan tugas serta tanggungjawab’ ( Dimoc ). 
  •  Maka pengurusan atau pentadbiran islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai : “suatu  proses penglibatan dan pengalokasi sumber ( tenaga manusia benda dan perkara yang  berkaitan )supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah  mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia  hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.






Ciri-ciri Umum
  • Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak
  • Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
  • Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
  • Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.



    Ciri-ciri Khusus
  a.    Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan      matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan  Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan  pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t  di dalam Al-Quran:

“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta  alam”.(Surah Al-An’am : 6:162)
  b.    Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap  sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang  bermaksud :
 “Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak  menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu  menetapkan dengan adil”.(Surah An-Nisa : 4:58)



Perbezaan Pengurusan Secara Islam Dan Barat

Konsep pengurusan barat sebagai satu sains dan teori pengurusan sebenarnya berasal daripada logika Cartesian dan pemikiran Aristotle. Ia berasaskan kepada model rasional, analitikal, causative dan probalistic. Jelas di sini konsep pengurusan barat mempinyai perbezaan yang besar dengan konsep pengurusan islam yang bukan sahaja bersumberkan aqliah tetapi juga wahyu ilahi.


Jadual di bawah menunjukkan gambaran yang lebih jelas mengenai perbezaan di antara konsep pengurusan barat dengan konsep pengurusan islam.


Element
Konsep Pengurusan Barat
Konsep Pengurusan Islam
Teras
    Pandangan hidup materialistic dan keduniaan.

    Konsep utilitarianisme.

    Paradigm tauhid.


    Keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Matlamat organisasi
    Memaksimumkan keuntungan.


    Kejayaan untuk diri, organisasi atau Negara.
    Keuntungan dengan tanggungjawab sosial.

    Kejayaan bukan shaja untuk diri, organisasi atau Negara malah untuk ummah atau tamadun islam.
Corak pengurusan
    Berkepelbagaian bergantung kepada individu, organisasi dan situasi. Idea-idea pengurusan adalah kreatif dan inovatif.

    ‘syura’ sebagai corak pengurusan yang abadi. (timeless). Unsur-unsur luar dalam pengurusan boleh disesuaika dengan islam. (adaptable)
Fungsi individu
    Mengabadikan diri kepada ketua atau organisasi,
    Mengabadikan diri kepada Allah sebagai ‘Khalifah’.
Ganjaran (reward)
    Ganjaran dalam bentuk lahiriah dan jangka pendek.
    Ganjaran dari segi dosa dan pahala, bersifat lahiriah dan rohaniah (kepuasan rohani).
Falsafah kerja
    Kerja berkonsep materialism.

    Kerja untuk kehidupan dunia semata-mata.

    Kerja untuk kepuasan diri.
    Kerja berdasarkan kepada niat (nawaitu) dab keikhlasan bekerja.

●  Kerja senagai satu ibadah.
Motivasi
    Untuk mendapat ganjaran jangka pendek berbentuk kebendaan dan kepuasan diri.

    Untuk mendapat pengitirafan majikan.
    Untuk mendapat keredaan Allah SWT selain memenuhi tuntutan majikan.
Ukuran prestasi

    Satu deminisi sahaja iaitu ekonomi.
    Pelbagai demenisi: ekonomi dan kerohanian, begitu juga tanggungjawab sosial.
Ciri-ciri
    Nilai-nilai boleh ubah-ubah.


    Tidak ada konsep al-fasad dan al-falah.


    Konsep baik dan buruk adalah relative.


    Metodologi dan pemikiran pengurusan berdasarkan kepada rasionalisme dan idea saintifik manusia.



    Budaya kerja yang boleh berubah-ubah mengikut nilai dan norma masyarakat yang berubah.

    Pembinaan akhlak tidak terdapat dalam pengurusan moden.

    Sisitem pengurusan yang terasing dengan alam persekitaran luar khususnya yang berkaitan dengan nilai-nilai dan norma-norma sosial masyarakat.


    Konsep pengurusan yang tidak mempunyai ikatan kesepaduan yang kukuh.



    Tiada kiatan dengan hokum hakam keagamaan dalam amalan pengurusan, peranvangan, pelaksanaan dan proses membuat keputusan.
    Nilai-nilai mutlak dan nilai-nilai universal.

    Menetang konsep al-fasad (kejahatan) dan menegakkan al-falah (kekayaan/kebaikan).

    Konsep baik dan buruk berasaskan kepada wahyu.


    Metodologi dan pemikiran pengurusan berdasarkan kepada al-quran dan as-sunnah, selain daripada sumber-sumber ijtihad, ijmak dan lain-lain.

    Budaya kerja berasaskan kepada etika islam yang abadi tetapi dianamik dan luwes.


    Focus kepada pembinaan
peribadi dan akhlak insan.


    Syumul dan dan menyeluruh dengan mengambil kira factor sosial, politik, ekonomi, budaya dan sistem nilai dalam sesebuah masyarakat.



    Konseo bersepadu yang mengintegrasikan pembangunan insan melalui pembinaan akal, interlek, jasmani, rohani dan emosi.

    Terikat dengan hokum hakam agama apanila membuat keputusan seperti halal-haram, sunat, harus, makruh termasuklah siasah syar’iah.